Khamis, 1 Oktober 2009

ORIENTEERING BUKIT CERAKAH






Assalamualaikum...

Lama dah bersarang blog ni sebab raya da... blog pun cuti beraya. Tanggal 30 September 2009 jam lebih kurang 10 pagi kita org sume dah memulakan cabaran orienteering kat Bukit Celaka ( kata org Cina pelat... hehehe...) sebenarnya Bkt. Cerakah. Hujan lak tu tapi kena ON gak sebab dah tak de masa dah. Pengalaman memang menyeronokkan, memenatkan & menghampehkan... Seronok sebab dapat jalanx dlm hutan yg dah lama x masuk & melihat kehijauan yang menyegarkan. Penat sebab bukit punya la curam lutut sampai ke dagu. Lutut aku yg operate ni sakit giler & bengkak. Hampeh sebab hujan basah jln licin banyak lumut & kad aku tertinggal. Kami dilepaskan seorg demi seorg mengikut sape yg sampai dulu kat Bukit Cerakah. Memandangkan aku org yg ke 2 sampai so aku dilepaskan 3 minit selepas org pertama si Piah. Mulax suspen gak tgk peta punya la luas dgn kawasan tu yg dah sememangnya besar. Aku g dulu tahun 2005 aku naik basikal tapi x jauh lepas daki jalan nak ke Empangan Kuning yg curam tu separuh jln aku & the geng patah balik hantar beskal & amek keputusan naik bas jer....penat da...

Nak dijadikan citer, pas aku salin check point yg dicari dari master map aku pun bergegas ke check point yang berhampiran ( surau - port no 2 ) dah jumpa tibax bila nak punch, alamak!! kad biru aku lak x de.. suspen siot. Rupaxnya tertinggal masa kat pondok permulaan tu.. aduh..!! dah la penat jauh lak nak patah balik...hampeh. Masa patah balik aku jumpa Fauzi Mamak nasib baik dia tolong bawakkan kad aku, jimat sikit tenaga aku x yah g pondok permulaan tu. Dah dapat kad tu aku x jadi g check point kat surau aku g kat port pertama kat tempat parking beskal. Ha best la sebab aku sewa beskal kat situ lu aku tau la tmptnya he he.... Mulax tadi aku dgn Piah pas tu Piah tah ke mana so Mamak lak dgn aku. Pas punch kat tmpt ptama aku g lak kat surau ha... senang la sebab aku dah tau tmptnya. Check point ke 3 kat kandang rusa. Sebelum aku punch aku leka tgk rusa dok belari redah pagar, kalau terlepas mampus aku kena tanduk dgn rusa yg ada tanduk tu nasib baik pagar ok. Check point seterusnya ke 4 kat kolam renang.. eh... ada kolam renang dalam hutan... dahsyat. Pas punch aku mendaki lak ke Empangan air kuning utk check point ke 5. Ha nie yg aku x tahan, kepala lutut aku nak sampai ke dagu punya la curam. Kat sini la aku patah balik dulu x larat nak kayuh. Kat sini gak la kepala lutut aku yg operate tu mula rasa sakit dan berbunyix mengiringi perjalananku cewah... Punya la panjang bukitnya. Jumpa tukang sapu kat tepi jln senyumx lak macam perli aku hampeh betul. Tapi x pa mat bangla jer apa dia taukan buat bodoh je la. Tgh berjalan tu ada lak keta lalu rasa nak tahan jer tumpang balik bkn tumpang naik tapi pkx balik nanti batal lak baik buat dek je la. Mr. Fauzi sampai dulu dah punch dia nak terus ke bawah lak nasib baik aku tahan suruh dia tgk betulx map tu. Kena naik bukan turun so dia pun ikut la....Tgh jln tu dia kata nak kencing aku pesan mintak kebenaran lu takut ehemx dia besar lak nanti kalau main bubuh jer.

Check point ke 6 kat Tmn Orkid kat simpang nak naik tu jumpa la si Yus & Kak Kam so jln la samax. Dah sampai ada lak dummy so aku tgk betul no dia baru aku punch. Pas tu patah balik cari yang ke 7 kat Tmn Cendawan. Alamak... sampai jer aku tengok menara tu punya la tinggi nie mesti haus kepala lutut aku yg dah membengkak ni tapi redah jer la demi tugas. Ada dummy lagi hem... depa ingat boleh tipu ke...aku tgk btlx no nya baru punch. Checkpoint berikutnya rumah 4 musim. Ha nie pun aku dah pernah masuk dulu. Ala dia letak kat pintu masuk memang senang cari, dah punch kat situ terus cari ke 10 dulu sebab aku rasa senang sikit so ikut la hutan terus ke destinasinya di Rumah Perak. Pas punch baru cari yang ke 9 kat tempat Paintball. Selesai sume baru la jalan balik kami bertiga iaitu Piah, Yati & aku.... Dalam perjalanan balik kami singgah beli minuman. Baru boleh minum hati dah senang dah jumpa sumenya. Jumpa lak sekumpulan monyet, aku memang suka pada binatang so aku pun sedekah la roti yang dibekalkan tadi pada si monyetx tu. Sampai je kat kawasan pondok kami berlari nak sampai lu tapi aku kalah la sebab lutut aku problem kalau tak mesti boleh potong masa org pertamanyakan he he... jgn marah Yatie...wakaka.....

Setelah semuanya sampai baru la diberi sedikit taklimat oleh En. Hisham dan diumumkan para pemenangnya & x sangka lak dalam sakitx lutut nie aku dapat no 3 dengan catitan masa 2 jam 10 minit. Wah...!!! lamanya aku berjalan rupanya patut la bengkak lutut aku ceh cit porah... Tapi aku dapat la kenangan dapat no 3 tu. Tapi sian si Rino bagi kategori lelaki dia sampai dulu sebab aku tgk dia berlari tapi sayang dia dah silap punch so tempat pertama lelaki dirampas oleh En. Mamak kita he he... Keputusan penuh...WANITA...no.1 si yatie, No 2 si Yus no 3 em ... si ... aku ler.... Bagi LELAKI lak, no 1 dirampas oleh Mr. Fauzi, no 2 Khairul & no. 3 En. Harun Bai jual karpet he he... jgn mrh....Kesimpulannya pertandingan yang sihat, menyeronokkan walaupun penat. X yah guna kompas langsung sebab laluan dan bacaannya mudah kalau faham peta. At least lemakx tepu aku yg terkumpul & bertambah semasa raya dah terbakar selepas perjalanan selama 2 jam. Tah berapa kilo kalori aku dah buang, fresh.... Tapi yg sakit esok paginya masa bangun pagi rasa berat semacam jer pagi tu...terasa sakit sampai ke petang... aku ngajar pun dah lari bearing lain macam jer jln sampai bdkx pelatih tegur...Rasa nak penyepak jer kat dia org sebab dok perati kan aku jln masa aku ngajar. Jln dah macam itik buasir nak tunjuk demo sebelum buat aktiviti tindakbalas M16 pun rasa ketat badan aku disebabkan sakit peha, pinggang, tangan & lutut. Bukan penyakit kuku & mulut sila fahamkan betulx. 2 hari aku menanggung sakit nie beb...adus...!!!. Pada adikx degree...terima kasih buat kesekian kalinya kerana sudi membantu kami....

Tu la pengalaman orienteering aku. sape yg x dtg rugi x bakar lemak. K hari Sabtu nie ada test & makanx jgn lupa.....chow cin chow....

1 ulasan:

serama68 berkata...

KAK INA CAKAP
TAHNIAH MALA...AKAK TAHU KAU BOLEH BUAT. AKAK RASA RUGI SUNGGUH TAK DAPAT JOINT KAU ORANG.DEMI IBU AKAK TERPAKSA BERKORBAN. AKAK DAPAT BAYANGKAN BETAPA SERONOK DAN MEMENATKAN BUAT CROSS COUNTRY ORIENTEERING INI.KETABAHAN MENTAL DAN FIZIKAL MENJADI PENGUKURNYA. AKAK MEMANG MINAT BAB2 LARI DAN JALAN LASAK2 NI. KALAU AKAK JOINT HARI ITU MESTI KURUS SIKIT KAN, MESTI BEST GILARR...