Isnin, 26 Oktober 2009

FLYING FOX






Assalamualaikum...

Hari Sabtu yg lalu berakhir lah sudah aktiviti terakhir Outdoor Recreation untuk Sem ini. Aktiviti yg terakhir adalah Flying Fox. Aku pernah melalui aktiviti nie masa aku menyertai Kem Bina Semangat SEA Games 1997 di Kem Nur Nikman Sungkai Perak. Tapi kat Sungkai tu aku buat aktiviti Flying Fox, Boat Rafting, Survival, Seisi Burung Hantu & Low Ropes Course untuk memantapkan semangat kami sebelum kami berjuang untuk negara melawan pasukanx dari seluruh negara yg terlibat dalam Sukan SEA. Mungkin disebabkan aku dah pernah buat aku kurang sikit rasa takut tapi gayat tetap ada.

Jam 8.30 pagi kami dah berkumpul kat belakang Kolam Renang UiTM tempat kami buat Low Ropes Course hari tu. Sampai jer aku tgk adikx Degree dah bertungkus lumus pasang tali untuk kami dan kami studentx PLK membantu mereka seadanya. Jauh gak nak mengelongsor ke bawah tapi x la setinggi kat Sungkai tu. Di Sungkai kami naik bukit kemudian naik pokok besar dengan tangga rasa sayup tgk ke bawah. Aku & Sharifah Nor g beli air & roti untuk alas perut adikx yg pasang tali. Cian kat dia org, pecah peluh nak siapkannya. Balik jer Jam lebih kurang 1130 baru la semuanya selesai & kami pun bersiap sedia untuk mulakan aktiviti flying fox. Sebelum tu, sorg student degree dah turun nak test tali... Student PLK-PDRM yg merasmikan aktiviti nie ialah Kak Zam, wah..!!! bila dia selesai jer, baru la confident sikit aku sebab berat dia yg ditampung oleh tali masih g mampu tegang tali tu so...no problem la kan. Seorg demi seorg dah turun sampai la giliran aku. Dia org memang suka menyakat aku sebab aku suka nyakat dia org gak he he.... Sampai giliran aku, dup dap dup dap jantung aku. Masa dia org nak pasang alatx safety sumer, aku pesan kat dia org, pasang btlx he he... kecut perut sebenornya. Bila nak pasang tali system kat atas tu dia org x dpt buat sebab aku x cukup tinggi terpaksa la aku berpaut kat adikx yg tolong pasang tu. Tapi ramai gak kasi support sebenornya.... Elok jer aku lapor nak turun tibax rasa nak mengelongsor, jenuh gak 2,3 kali tarik bdn ke belakang semula. Bila nak gerak jer tibax adik tu kata eh..!! nanti lu, alamak amende lak x siap nie, eh..eh...eh... terlepas gak aku mengelongsor ke bawah. zup...!!! darah aku naik ke atas tkt dia org slh pasang ke tapi sampai gak aku ke bawah... seronok gak rasa nak naik g tapi sian kat org lain yg lom buat so buat selamba jer aku pas tu elepak kat bawah.. Selesai sume org terakhir turun si Rino. Dia nie memang suka buat cabaran & yg pelikx nak buat Superman konon tapi x jadi, jadik suparjo lak kah..kah...kah... sakit perut aku gelak superman hilang sayap kat atas mungkin dia x pakai spenda kat luar cam superman yg betulx tu kot wakaka...Apax pun cayalah lu Rino...berani mencuba. Sebelum kami menamatkan seisi pelajaran Outdoor Recreation nie, kami mendengar taklimat & amanat terakhir dari En. Hisyam. Pesanan dia surh kami update blog cepatx sebab tarikh last ialah hari nie Isnin jam 1700hrs. Nie yg aku pulun buat nie. Aku sepatutnya dapat kelepasan sepenuh masa tapi memandangkan pelatih ada ujian UKF 2 minggu & aku kena ngajar Polis Bantuan LHDN selama 3 bulan so terpaksa la aku bantu mengajar bila x da exam. Tapi nasib baik waktu ngajar bukan jam 0900 sebab aku nya group study akan bermula jam 0900 setiap hari di Tasik Titiwangsa.

Apa pun aku merasa amat gembira & bertuah kerana dapat menyertai kelas outdoor nie sebab apa yg x pernah aku buat dah pun aku rasa & yg dah pernah aku buat aku dapat pengalaman yg berlainan dari sebelumnya. Aku memang minat aktivitix lasak nie dari kecil kalau x, x da la aku masuk hutan main perangx dgn kwnx aku masa kecik lu. Pengalaman yg aku dapat akan aku sematkan dalam memori hidupku & akan aku jadikan panduan sekiranya ada lagi aktiviti tersebut selepas aku selesai belajar.

Setinggix terima kasih yg x terhingga untuk Pensyarah kami En. Hisyam yg bertungkus lumus mengajar kami & merealisasikan impian kami untuk menyertai semua aktiviti outdoor dgn jayanya. Mohon maaf kalau ada salah kata dari saya yg kadangx kepala giler nie ( masa nie jer masa ngajar saya jadi singa ...) . Minggu nie kami akan menghadapi peperiksaan akhir untuk sem terakhir & aku mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki pointer aku yg naik hanya .1 & .2 pada setiap semesta. Untuk semesta akhir nie aku berdoa supaya aku dapat mencapai 3.50 dari sebelum nie 3.25 ( maintain ) dari sem lepasx. Tunjuk ajarmu guru adalah pelita ilmu kami....TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI......& U ARE THE BEST..!!!!









1 ulasan:

apaiA4 berkata...

Ye la JL...
Good luck for the FINAL...