Isnin, 28 September 2009

Persiapan Orienteering

Assalamualaikum...
Untuk persiapan orienteering nanti. Aku dah buka buku pasal orienteering yang aku beli kat KLCC iaitu Manual. Bukan apa, aku just nak refresh semula. Sebenarnya menyeronokkan tapi x tau la hasilnya nanti.
Harapx semuanya berjalan lancar...Amin...!!!! Yang penting semangat mesti berkobarx demi untuk memajukan diri & memantapkan ilmu di dada wpun ilmu tersebut sudah ada sedikit dalam diri kita tapi x salah kalau kita ingin upgrade kan apa yg ada supaya ia nampak lebih boom...

Isnin, 21 September 2009

ERPP.... KENYANG PERUTKU

Em..., semalam raya pertama. Aku gerak balik Melaka kol 7.30 pagi dengan family kakak aku. Sepanjang jalan balik terasas sayu kat hati mengenangkan kami anak yatim piatu. Org lain balik kg jumpa mak, ayah kat rumah tapi pagi ni aku balik jumpa keduax mereka kat tanah perkuburan je. Sampai kat rumah dikg, rasa nak menitik airmata rindukan keduax org tua, rindu nak cium tgn mereka mtk ampun & maaf macam masa mereka ada dulu. Tapi apakan daya aku hanya mengenangkan saja kenangan tu. Jauh disudut hati tak aku nafikan aku terlalu rindukan mereka. Pas sembahyang raya, aku pergi melawat kubur arwah & membacakan yasin untuk keduanya. Pas tu aku pergi ke rumah abang & sanak saudara. Kenyang perut aku semalam makan rendang, ketupat & kuih raya. Lama aku tak merasa makanan yang sedap macam tu. Terasa terik perut aku macam nak pecah. Kompom naik balik berat badan aku raya ni. Banyak rumah yang aku g, wpun perut dah penuh tapi nafsu nak makan tu tetap ada so aku sumbat semacam je macam perut aku stokin yang boleh disumbatx g. Wpun perut aku rasa macam nak pecah & kembung tapi poket aku tetap kempis & makin mengempis sebab kasi duit raya kt anakx sedara aku he he... x pa setahun sekali.... Dah puas beraya, petang dlm kol 6 aku & family kakak aku berangkat pulang ke KL. Masa drive aku rasa ngantuk gila, maklum la perut dah senak dgn makanan tapi alhamdulillah sampai gak ke rumah tapi boring lak sebab kawasan kuartes polis yang aku dok ni sunyi sepi, kebanyakkannya masih bercuti di kg halaman. Cuma ada beberapa keluarga je yang x dapat cuti & beraya di KL. Masa parking keta, aku nampak sekor kucing yang lepak kat atas jln. Aku ingat dia tido rupanya dia dah mati, siannya. Aku pun angkat bangkai kucing tu & tanam kat belakang kawasan rumah. Buat pahala sikit he he....G pun aku sayang kucing termasuk semua ahli keluarga aku yang sygkan kucing & blh dikatakan semua ada bela kucing. Arwah mak pun sayang kucing, pernah 1 hari lu, kucing dia kena langgar patah kaki & mata terkeluar, tinggal nyawax ikan jer... Arwah nangis & angkat kucing tu masukkan biji mata dia, urut tangan dia yang patah & kasi makan ubat, alhamdulillah kucing tu selamat & dapat hidup. Besar pahala arwah. Aku pun pernah satu masa kirax kol 12 tghri aku nak ke kedai, aku lalu depan kubur tibax aku break keta aku sebab ada sekor kucing yang aku kira baru kena langgar nak bangun tapi x dapat sebab kaki dia patah. Aku nekad nak tolong dia takut ada keta lain akan langgar dia sebab dia betulx tgh jln. Bila aku pandang kawasan kubur dah tu kol 12 tghri aku rasa seram lak sebab kata org klu tghri ni macamx dah lak dpn kubur. Tapi aku nekad nak tolong gak dgn niat suci... Aku keluar keta & terus angkat kucing tu ke tepi

jln & terus ke kedai. Tapi masa aku balik lalu jln yg sama gak x lah lama sgt aku dlm 20 min., tapi aku tgk kcing tu dah x da. Heran gak kaki dia patah mana dia boleh jln. Dah la kawasan tu x da rumah pun. Mula la aku pk bukanx, aku pun apa lagi terJustify Fullus pecut keta aku sampai rumah. Aku rasa tu mugkin dugaan Allah pada aku, mungkin ada hikmah disebaliknya. Walau apa pun aku tetap puas sebab dpt bantu kucing tu.... Tu la citer nya. Aku ada bela kucing nama dia JJ ( Jadu Jr. ) manja giler. K jumpa g tata....

Khamis, 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA...


Assalamualaikum geng....(versi Upin & Ipin )


Raya dah sampai kat pintu rumah kita sume dah so dikesempatan nie, saya ingin menyusun 10 jari ( lengkap ) memohon ampun & maaf di atas apa jua kesalahan yang saya lakukan samada disedari atau pun tidak, disengajakan atau pun tidak sepanjang korang mengenali saya... Saya nie memang kengkadang mulut celupor, tapi hati mau baik kan. Keperibadian lahir seseorang tidak semestinya mengambarkan sifatnya yang sebenar. Saya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan so samax la kita bermaafan antara satu sama lain....kira 0 - 0 la ek....

Halalkan termakan & terminum @ curix minum...wakaka...

Bagi yang balik beraya, berhatix dijalan raya....Alangkah bertuahnya sesiapa yang masih punya ibu bapa yang dapat beraya bersama sedangkan saya hanya beraya bersama kakak, abang & anak saudara sahaja kerana keduax ibu bapa saya telah pergi menghadap Illahi. Setiap kali beraya saya hanya menemani arwah berdua di pusara dengan doa & bacaan Yassin & sentiasa mengadakan bacaan Tahlil di masjid. Sesungguhnya tiada yang lebih baik dari meningati keduanya dengan iringan doa daripada anaknya ni. Sedih tau tak de orang tua masa beraya. Setiap kali raya saya akan meningati saat ketika kedua arwah masih hidup & amatx merinduinya.... Tapi kita sebagai hambanya kena redha dengnan ketentuan Illahi.... walaupun di hati amat merindui kedua arwah tapi hakikatnya hanya kenangan menjadi peneman kerinduan itu. Sekurangxnya saya telah menyambung amanat kedua arwah untuk saya sambung belajar setelah saya menolak semua peluang belajar saya selepas saya menduduki SPM dulu & dah hampir tamat pengajian saya sekarang. Kedua arwah selalu memberi dorongan kepada saya untuk sambung belajar & mereka amat berbangga dengan saya, demi untuk mereka, saya korbankan masa & tenaga menyambung amanat terakhir mereka sebelum mereka menutup mata & alhamdullilah sudah pun hampir ke penghujungnya. Arwah abah adalah pendorong terbaik saya kerana semasa saya bersekolah rendah dahulu, saya pasti akan mendapat tempat dari no. 1 hingga 3 sehingga darjah 6 kerana setiap kali exam janjinya pada saya akan ada habuan kiranya saya mendapat salah satu dari 3 no tersebut, & ternyata no 1 - 3 tidak pernah lari dari saya. Begitulah kasihnya abah & emak terhadap saya. Bagi mereka yang masih mempunyai kedua orang tua, jangan lah lupa meziarahi mereka dihari raya, mohon ampun & maaf pada mereka sebelum kita langsung tidak sempat memohon ampun. Sesungguhnya naluri seorang ibu amat kuat untuk melihat anaknya di pagi raya. Gembirakan lah mereka selagi hayat mereka masih ada. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas keduax arwah ibu bapa saya hendaknya... Amin....
Akhir kata ....SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN ( kalau ada )....

Rabu, 16 September 2009

CUCU KE 8 wakaka....

Assalamualaikum....
Pengumuman he he...
Pada 15hb. 09.2009, aku telah selamat menerima kehadiran cucu aku yang ke 10, wakaka.... Anak sedara aku dah melahirkan generasi keluarga kami yang ke 10 berjantina lelaki...... Family aku banyak lelaki da.... 19 orang lelaki, 13 org pompuan ( anak sedara ), 8 orang cucu lelaki & 2 orang cucu pompuan. Aku suruh dia org panggil aku NEKDA wakaka.....Bertambah la duit raya yang aku nak laburkan pada dia org sume....barai poket aku beb.....

Jumaat, 11 September 2009

OREINTERING

ASSALAMUALAIKUM....( versi upin & ipin )

Sabtu ni kita semua akan buat oreintering kat Maktab. Hope kawanx dah sediakan peralatan yang disuruh oleh En. Hisyam. Kita buat kat kawasan yang senang so jgn lak ada yang tersasar tempat lak nanti sampai sesat keluar dari Maktab. Kalau kat dlm hutan aku caya gak boleh sesat tapi kalau kat Maktab korang ke aku ke sesat conform kita buat lawak antarabangsa nya wakaka....

So, geng samax la kita berpesta oreintering nanti wpun bulan pose nie byk mencabar kita tapi aku minggu nie diberi mc dari pose he he... jgn marah arrrr....

Selasa, 8 September 2009

Berjaya mengatasi Gayat

Kalau nak sebut pasal gayat sume org ada perasaan tu sama seperti aku cuma bezanya ada yg x boleh langsung bergerak ditempat tinggi & ada yg pengsan macam masa aku naik gunung Ledang tahun 1988 dulu. Masa tu ada sorg bdk senior aku yg ikut aktiviti anjuran Kerajaan Melaka akan pengsan setiap kali kami mendaki curam sampaikan kena ada sorg dok belakang dia terutama masa dekat kemuncak. Tapi aktiviti abseiling yg lepas telah menidakkan aku seperti fobia senior aku tu. Walaupun aku gayat tapi aku tetap mahu mencuba & berjaya juga mengatasinya. Bak kata org dimana ada kemahuan disitu ada jalan... x gitu ....em...k gak kan tahap gayat aku nie masih boleh beraksi wpun gayat...wakaka

Ahad, 6 September 2009

Abseiling kat Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM


Wokey geng...
Hari nie aku dgn bangganya nak kasi tau aku dah selamat azab abseiling.... alhamdulillah, amin.
Hari yang ditunggu - tunggu dah tiba siot.....
Korang tau tak, pagi tadi sampai je kat Fakulti Kejuruteraan Awam tu, aku berhenti je keta terus pandang ke atas banggunan 11 tingkat tu.. peh..!! maut nie kata hati aku. Cam ne la boleh kena turun gak tingkat nie. Kat kepala aku macam-macam aku pk, rasa nak jer aku start keta balik ke rumah & call En. Hisyam buat alasan macam-macam. Tapi terpk gak aku " bila lagi nak cuba, mana ada peluang cam nie dah pas nie... at least kalau org banyak ckp psl abseiling nie aku boleh byk cakap gak kn he he... So aku pun batalkan niat takut aku yg nak balik tu & terus keluar keta berjalan bersama Rino & Brian ( E-PJJ ) yg kbetulan sama-sama sampai. Kami terus naik lif & naik ke atas. Dlm lif tu aku rasa jantung aku dah gugur tertinggal kat bawah. Tak pa jap g aku turun g kutip balik he he he....lawaknya.

Sampai je kat atas aku tgk ada dah kwnx aku kat c2 bersama budakx degree, fasix & En. Hisyam. Aku pun apa g terus la meninjau ke bawah, peh... sekali lagi aku macam npk jantung aku kat bawah terjelepok kat simen bawah...aduh...!!! gayatnya aku. Tuhan saja yg tau perasaan & hati aku masa tu.... Rasa nak balik dtg g... Eh tak boleh jadi nie aku mesti tenangkan diri aku...Kalau tak..., boleh sawan aku nie...Bila sume dah siap kami pun diberi penerangan cam ne nak pakai peralatan sume....Pas tu buat stretching.... Pas stretching, kami sume di arah utk amek peralatan harness, figure eight, carabiner, helmet & glove so kwnx aku pun tak sabarx amek wpun muka masing npk cm toreh pun x berdarah cam aku gak la he he...Aku buat relaks jer x kejar brgx tu g. Aku nak tgk kwnx aku lu baru aku pakai hwa hwa....Sambil tu aku amek kesempatan tolong kwnx psng harness...Muka masingx npk cuak wpun si lelaki...yg macho konon tapi hancur....Peserta demo dari student degree sikecik yg dgn selamba turun dulu. Aku rasa si lelaki garenti rasa tercabar tu....Selamba je dia turun... tapi masa dia sangkut kat bawah aku dah cuak dah... apa lak jadi kat aku nanti ni...Kemudian peserta dari student PLK-PDRM pertama yg turun aduh... mamak fauzi wa ckp lu....Masa tu aku dah npk muka dia putih dah....maut ni...Tapi akhirnya berjaya gak dia sampai bwh... So aku pun tgk la sorg demi sorg turun sambil layan hati aku yg x keruan ni. Nak tau tak, agaknya takutnya pasal, ada member kami yg pasang harness terbalik wakak ... ka ... kah. Nak hilangkan takut, aku buat lawak spontan jer, bukan apa nak naik kan semangat aku sendiri dah x da org nak buat so aku buat lawak jer la nak tenangkan hati kwnx yg lom turun & hati aku sendiri he he he....Wah.. so Joe ( E-PJJ ) aku tgk betulx berani mana taknya dia UTK dah biasa buat aktvt ni. Dia buat aksi Australian siap berlari kot dinding tu cam SWAT team. Aku tak heran la sebab tu makanan dia.... dah keja dia. Takut, takut gak tapi semangat nak turun tu memuncak sebenarnya cuma gayat je aku nie. Nak hilangkan nervous aku sambil aku buat lawak, aku sembang lastx aku takutx kan org he he... nak takutkan org tapi sebenarnya aku yg takut, saje nak sedapkan hati. GULP...!!! dah tiba giliran aku nie. Wah sejuk lutut aku yg operate tu rasanya tapi apa pun aku ucapkan terima kasih kat Penjengukx Tegar yang ada kat c2, dia kasi aku katax semangat sebelum aku turun so hilang sikit la debaran tu. T.kasih PPT, kalau x da U kat c2 confirm wa ketar giler babie nye lah. Nak kuat kan semangat aku lapor turun kuatx ( nie kalau pelatihx aku tgk mesti kena kutuk tahap cipannya nie...). Mula turun jer alamak laju giler, x boleh break langsung. Dah laju sangat aku pun suruh org atas break utk aku sebab aku dah x boleh break. So tergantunglah aku kat tengahx...En. Hisyam buat lawak lak suruh aku lepas tangan, sawan apa...tapi aku lepas gak la sebab org atas dgn bwh dah tolong break utk aku ( teror la konon ). Punya la gabra taux aku dah sampai kat bawah... fuh...!!! lega. Habis peluh takut aku, aku pun naik kat atas pulangkan barangx & rasa puas sangat dah dapat juga akhirnya aku buang takut aku & turun dari tgkt 11 dgn jayanya...he he....Sape kata aku tak boleh buat beb.... cewah.....Dah selamat aku lak takutxkn Cik Pah masa dia nak turun alax spiderman, cuak dia ha ha...jahatnya aku...Lepas la satu rintangan & bila sume kwnx dah turun kami ada briefing dr En. Hisyam pas tu kami berehat untuk siap lak kelas En. Ali ptg nanti. Kat kelas En. Ali kwnx yg kepenatan sampai tertidur masa tgu kelas mula mcm si Liza tu...cian.
Walaupun takut tapi cabaran ini menarik & amat bermakna pada aku yg gayat nie....Tak ternilai makna disebalik aktvt nie sebenarnya. Hanya mereka yg dah lalui akan tau apakah nilai & keindahan disebaliknya.... ok pada sapax yg x pernah turun cam kami... cuba la pasti x nyesalnya, sampai mati akan diingati he he .... Pada adikx degree yg kasi support termasuk fasi...t. kasih ek...jasamu dikenang. Korang tau, dah selesai aktvt nie aku rasa seluar aku makin longgar, kecut perut kot......
wasalam