Jumaat, 31 Julai 2009

Pengalamanku

Assalamualaikum....

He he he, hari ni baru nak mula semula blog yang dah sekian lama senyap je sebab aku nie buzy sikit. Kalau nak citer pasal pengalaman dalam hutan masa aku rekruit dulu memang banyak nak aku paparkan kat sini tapi aku buat sikit - sikit la ek.
Aku sebenarnya dah tak sabar gi camping nie sebab aku memang minat aktiviti nie dari dulu. Tapi tak la seteruk aku kursus hutan lu. Masa aku kursus hutan tahun 1995 lu memang mencabar. Masa tu sebulan kami dok dalam hutan belajar ikhtiar hidup, kompas, serang hendap musuh dan banyak g lah. Yang tak tahan sentimental kat aku tu sebab aku masuk hutan masa tu hari raya haji. Bayangkan kat Tupah Kedah tu aku kena pakai baju kurung, bawak senjata M16 tak tinggal kat belakang aku sambil bakar lemang dan masak ketupat. Senjata tak boleh tinggal masa dalam hutan bahaya. Rimas betul aku sebab kena pakai kain dalam hutan dah serupa macam gorila je he he he.
Ada kejadian yang pelik - pelik berlaku maklumlah kami berada berhampiran dengan kawasan candi watt Siam. Kawan aku ada yang kena rasuk eeee... menyeramkan. Kami nie bila buat aktiviti mesti kena pakai baju hijau, boot berat tu, backpack berisi pasir 20 kilo, senjata M16 berkelopang kosong, 2 kelopak peluru blank/1 kelopak peluru hidup, botol air berisi penuh peh... rasa macam zaman perang lak. Tapi yang bestnya aku dapat merasakan macam mana tentera dulu-dulu berperang dok dalam hutan rimba.
K lah nanti aku sambung g citer dari mula aku dalam hutan sampai aku selesai kursus hutan. Aku ada gak pengalaman rekreasi lain macam: mendaki gunung ledang 1999, ikut program rekreasi bagi Persiapan atlet sukan SEA 1997, Program belia... Nanti la kau citer lain kali ek. Tapi aku memang orang gelar brutal dari aku rekruit g sampai la sekarang agaknya sesuai dengan jiwa lasak aku sampai aku bertugas pun aku mengajar aktiviti lasak seperti merentas halangan, tindakbalas M16, latihan balak, kat pelatih aku yang aku lanyak semacam je. Tapi dia orang memang ikut je arahan aku terutama lelaki sebab dia orang ada sikit respect sama aku sebab aku boleh buat aktiviti lasak selamba je. Mesti dia orang malu kalau aku boleh tapi dia orang tak boleh. Aku tak kisah orang nak panggil aku tomboy ke apa ke sebab aku tak kacau orang. Mungkin dulu arwah mak dan abah aku nak anak lelaki sebab masa tu dah ramai pompuan kot yang buat kan arwah berdua tu treat aku macam boy sebab dari kecik aku selalu dibelikan pakaian lelaki dan berkawan dengan lelaki he he he. Tak pa sebab sekurang - kurangnua dia orang bangga dengan aku mula dari aku belajar di sekolah kemudian aku masuk polis, wakil lak Malaysia dalam sukan peh aku pun turut berbangga sebab dapt menaikkan nama keluarga aku...
K lah nanti aku sambung balik ek....bye

Sabtu, 18 Julai 2009

Sabtu, 11 Julai 2009

Salam pengenalan

Hai....

Selamat ptg. First day blogging nie he he....