Ahad, 30 Ogos 2009

RM 334 HAH !! banyaknya

Hari nie aku g kedai buku kat KLCC ( Kunikoniya ) yea kot ejaan tu...

Tujuan aku sebenarnya nak cari buku Essential of Human Communication ( Joseph A. Devito ) untuk subject En. Ali. Hari tu aku dah g aku tengok harga dia macam nak beli kasut Nike jer harganya. So aku cuba la g hari nie gak mana la tau kot-kot dia silap print harga & hari ni harga tu berubah. Cari punya cari last aku jumpa gak... Alamak! harga tetap sama RM 334.00 mak ai! bapak punya mahal buku nie. Bukan aku tak mampu beli duit dalam bank banyak ( cehwah ) tapi berpada-pada la harganya kan. Sejuk tangan aku pegang buku tu pelan-pelan aku letak balik. Terus aku keluar & g ke kedai buku kat Jln. Tunku Abd. Rahman ( Minerva ). ZUP...!! terkejut aku tengok harga dia jauh berbeza dengan kat KLCC tu. Pendek kata kalau aku beli yang kat KLCC tu aku boleh dapat 3 buah buku yang sama. Tapi nasib baik la aku tak beli g yang dekat KLCC tu & aku g survey kat Minerva. Emm... tinggal 1 jer lak x dapat lak aku nak belikan untuk kawanx yang mintak tolong beli sebab stock dah habis... sorry la geng... Harga kat Minerva nie cuma RM 94.95 aje jauh beza dgn yang kat KLCC tukan....hampagas betul la...

SPIDERMAN

Wakaka... tak lama lagi kami nak jadi spiderman & spiderwomen. Apa taknya, kami nak buat abseiling kat tingkat 11 fakulti kejuruteraan. Aduh sampai g azab aku.... Tengah aku buat blog pasal pulau kapas ni teringat lak nak buat abseiling Sabtu nie. Mintak nyawa lagi..... Aku dah la gayat tapi gayat-gayat pun masa kem motivasi SEA GAMES lu lepas gak flyingfox he he... tapi aku nya jerit kalah tarzan. Bila dah habis baru lega....
Apa pun aku aku akan buat gak nanti, mari kita tengok sape yang pengsan he he.....

Isnin, 24 Ogos 2009

TRIP TO PULAU KAPAS


Assalamualaikum....

14/08/2009
Pagi nie sepatutnya kami ada perasmian di UiTM untuk Program ke Pulau Kapas tapi aku tak dapat turut serta sebab aku harus menjalankan tugas hakikiku dimana aku terpaksa ambil ujian untuk pelatih konstabel yang baru masuk. Memandangkan jl yang lain terlibat dengan kawat so aku dan 3 org jl lagi terpaksa la melaksanakan tugas tersebut. Dah seminggu kami kena ambil ujian fizikal untuk 800 org pelatih baru, lembik aku dibuatnya. Tugas hakiki kena buat lu sebab tu periuk nasi ku, belajar - belajar gak kerja jgn lupa, kena la give & take. Sorry geng... aku harap korang faham, bukannnya aku tak mahu datang & bantu loading barang tapi aku ada tugas lain yang lebih penting. Memang la aku rasa bersalah sebab aku tak bantu korang tapi nanti kat Pulau Kapas aku akan tolong all out k.

Jam 1630 hrs, kami berkumpul di Pulapol KL untuk berangkat ke Terengganu. Seramai 18 org student PLK - PDRM bersiap sedia untuk bertolak. Sepanjang perjalanan, aku banyak menghabiskan masa dengan bersembang, kacau org, main PSP & last tido... he he... Aku memang rasa teruja untuk g camping sebab aku suka. Kali terakhir aku masuk hutan pun masa aku rekruit lu tapi masa tu lagi berat dengan backpack g, dgn senjata g dah la aku pun berat 45 kilo je lu, sekarang je aku membina badan selepas aku stop main untuk Malaysia & selepas aku menjalani pembedahan lutut. Aku dah g Pulau Kapas ni dah 2 kali. Dulu aku kerap ke sini terutama di Pulau Redang, Kapas & Perhentian kerana team hoki PDRM selalu bercuti di kawasaan ni. Ni bukan lah kali pertama aku ke Terengganu dah berkali - kali dah terutama sebab tugas aku sebagai pemereksa fizikal untuk calon-calon baru konstable wanita.

15/08/2009
Pejam, celik, makan semua complete baru la kami sampai di IPD Marang, Terengganu kira - kira jam 0050 hrs. Letihnya hanya tuhan yang tahu. Kami berehat di surau IPD Marang sementara menunggu pagi untuk ke Pulau Kapas. Dalam surau tu, macam - macam aksi aku tengok dia org tido disebabkan kepenatan. Aku jer dgn beberapa org g yang tak dapat tido & kami bersembang sampai la aku surrender jam 0330hrs & aku terus lena. Jam 0600hrs aku dah terjaga, pas mandi & sarapan lebih kurang jam 0800hrs kami berangkat ke jeti. Sampai kat jeti kena lak tunggu bot Polis Marin yang kami minta bantuan untuk menghantar kami ke pulau.
Bot Marin sampai ke jeti jam 1030hrs kerana menunggu air surut baru boleh masuk ke jeti. Kami diberi 1 bot PA & 1 bot operasi ( Penyengat ). Aku dah biasa naik bot marin nie tapi bot besar la PZ he he.... Aku bangga gak dok atas bot tu sebab dgn adanya bot dari polis dapat membantu menggurangkan kos perbelanjaan semua untuk menyewa bot. Yang tak pernah naik bot polis pun dapat la merasakannya...!!!

Sampai di Pulau Kapas, kami semua bertungkus lumus menyediakan khemah, tempat makan dan membersihkan kawasaan. Kerja gotong royong nie boleh meringankan bebanan dan cepat sikit habis. Tapi aku benggang dgn fasilitator yang handlekan kami nie, kejap-kejap panggil berkumpul, benggang betul aku dalam hati berkata " kalau asyik panggil je bila keja nak habis ". Masa makan pun aku stress betul la, kami makan 1 dulang 7 org. Tu tak kisah g tapi yang aku hangin, tengah makan dia kira masa suruh cepat-cepat makan, nak tercekik aku dibuatnya. Sekali lagi aku berkata dalam hati " apa punya org la nie tak reti hormat rezeki. Dah diajar pada kami dalam adab makan pun kena hormat makanan pas tu makan pelan-pelan supaya senang penghadaman tapi mamat tu lak macam tak reti lak ". Aku lanyak pelatih aku pun tak la sampai aku ganggu makan dia org. Aku nak dia org makan dengan tenang dan berehat supaya boleh buat aktiviti seterusnya. Akuk faham maksud dia adalah untuk kami menepati masa tapi bro bukan macam tu caranya.... ada cara lain tapi masa makan kena hormat la. Sampai la dah tak tahan agaknya salah sorg dari kami telah menyuarakan ketidakpuasan hati pada fasilitator tu sebab kami kat polis pun tegas gak tapi berpada - pada. Fasilitator tu mendengar komen kami dan memberikan alasannya so kami terima je la apa pun, maklumlah kami nie student jer.... Kami faham tugas dia so kami buat tak tau je.

Selesai je tugas kami semua mandi dan bersiap untuk makan malam. Pas makan malam kami ada seisi ICE BREAKING yang dikendalikan oleh Lenny, student Degree. Kmai diperkenalkan kepada semua fasilitator dan buat sikit aktiviti. Selesai semua, kami student PLK-PDRM & E-PJJ berkumpul untuk kelas knoting & First Aid yang dikendalikan oleh En. Mazlin, En. Yazir & En. Enjoy he he .... Tapi apa yang aku tak suka dah melanda aku.... aku diserang demam selsema, patah semangat aku kejap sebab selsema ni akan mebantutkan pergerakkan aku. Tension aku dibuatnya dengan selsema nie... Tapi walau bagaimanapun aku harus kuatkan semangat dan menentangnya dgn tabah sebab kalau tak ikut program aku akan rasa rugi. Aku pun tak tahu nape aku tiba-tiba boleh demam, dah 2 tahun aku bertahan dari tak demam wpun aku mengajar pelatih aku kat cuaca yang sama panasnya dengan pulau nie. Mungkin angin laut nie menyebabkan aku tewas. Lebih kurang kol 1 lebih baru kami boleh masuk khemah. Masuk jer khemah apa lagi terus krohh...kroh....kroh.... Kawan-kawan citer, aku selalu nyanyi kuat-kuat masa tido, malunya aku... bayangkan khemah dekat-dekat, pulak tu dekat dengan khemah pusat mesti gempak dia org dengarkan.. e.e.e, malunya ku. Nak buat camne aku memang penat, pulak tu aku demam selsema, hidung aku tak boleh bernafas guna kot mulut jer, apa g kuat la muzik aku.
16/08/2009
Pagi nie kami sume kena bersiap-siap untuk pergi tracking. Aku biasa gak guna kompas nie masa aku kursus hutan lu so aku kurang sikit rasa takut untuk gunaknya. Tapi dulu aku masuk hutan yang tak pernah org masuk, pernah aku lalu satu kawasan yg penuh dgn lalang setinggi aku berwarna kuning dan atas lalang separas mata tu aku boleh tengok lipan berjalan sesuka hati. Tu masa kat Tupah Kedah. Tapi kat sini, hutannya agak senang sikit nak dicari sebab ada track dah. Aku dah biasa guna kompas so aku kasi peluang kat kawan-kawan yg tak pernah guna g untuk cari jalan. Walaupun aku demam selsema tapi aku org yang paling depan berjalan masa dlm hutan dgn Yus sementara pembaca kompas dok belakang aku, kalau sesat naya tapi aku rasa aku ada kelebihan sikit dalam situasi ni masa aku kursus hutan lu so aku tak risau sangat , mungkin pengalaman mengajar aku dan menjadi panduan pada aku. Kawan-kawan yang kat belakang heran kat aku sebab wpun aku demam tapi aku mampu berjalan laju dihadapan. Aku bukannnya apa, memang hidung dah tak boleh bernafas so aku guna mulut untuk bernafas tapi semnagat aku telah mengatasi demam ku sebab aku tak mahu kawan-kawan susah kalau aku tak larat mesti akan menambahkan beban untuk mereka so aku terpaksa lawan demi kawan-kawan sume. Penjelajahan kami bermula dari jeti kemudian ke Tasik Berakit, Rumah Api, Jeti dan balik semula ke khemah. Semasa dalam hutan aku dapat kekuatan untuk meneruskan perjalanan lagipun cuaca dalam hutan tak sepanas diluar kerana dilindungi pokok. Tapi semasa aku berada di pantai dalam perjalanan mencari check point rumah api aku mula rasa down disebabkan cuaca di pantai terlalu panas, semasa nak mendaki rumah api aku dah surrender dan aku hanya mampu tunggu di bawah sahaja dan mengarahkan kawan-kawan lain naik ke atas. Lutut aku yang operate tu pun dah terasa semakin sakit masa aku tunggu di bawah dan kepala aku mula high mungkin disebabkan ubat demam yang diberikan oleh Hadi sebab ubat tu membuatkan aku mengantuk.
Sampai sahaja di khemah, aku rasa lega dan kumpulan kami adalah kumpulan yang pertama sampai dari yang lain. Mungkin jalan kami senang sikit kot tapi rasa-rasanya sama je dgn yg lain cuma check point je tak cari ikut tururtan. Pas makan aku berehat dalam khemah dan makan ubat. Petangnya lak kami semua kena buat water confidence kat tengah-tengah laut. Aku jadi susah hati sebab kepala aku memang betul-betul macam melayang. Aku kasi tau En. Hisyam yang aku tak mampu untuk turut serta g pun cuaca di tengah-tengah laut panas dan aku masih belum sihat sepenuhnya. jika aku turut serta, mungkin bahang & udara laut yang panas tu akan memudaratkan lagi kesihatan aku. En. Hisyam mengarahkan aku untuk berehat tapi aku tunggu di tepi pantai untuk menghantar kawan-kawan aku dari jauh dan dalam hati aku terdetik, " ruginya aku tak dapat rasakan pengalaman tu " tapi nak buat macam mana, kalau aku ikut aku yang akan menanggung semuanya. Aku hanya memandang dari jauh sehingga la mereka semua hilang dari pandangan mataku ditengah-tengah laut. Aku kemudiannya balik ke khemah dan tidur bersama Lisa yang mana beliau pun sakit ( darah tinggi ) ketika itu.
Sedar je petang kawan-kawan dah balik dgn muka yang terbakar dan kepenatan. Malam selepas makan malam, kami ada post mortem mengenai aktiviti kami di siang hari bersama dengan En. Hisyam & En. Mazlin. Aku hanya tersenyum mendengar luahan pengalaman kawan-kawan semasa ditengah laut dan dapat merasakan keperitan mereka ketika itu. Selepas post mortem kami pun masuk ke khemah untuk berehat dan tidur bagi persediaan untuk aktiviti selanjutnya sok pagi.....
17/08/2009
Pagi nie, aku keraskan hati nak ikut akiviti kayak wpun aku rasa dah macam separuh nyawa lawan demam aku ni. Apa nak jadi, jadilah asalkan aku tak ketinggalan dan ada kenangan serta cerita buat aku. Aku tau kat laut tu mesti panas giler nya dan akan menyebabkan demam aku nie parah tapi aku nak buktikan au boleh buat. Pas mandi & makan pagi kami siapkan bekalan untuk berkayak. Sebenor-benornya hati aku gugup gak maklumlah tengah laut pulak tu tak reti berenang lak tu tapi bak kata org lom cuba lom tau beb... Selepas seisi panas badan, kami pun berdoa mintak selamat pegi & balik kemudian sebelum naik kayak aku terdengar suara sumbang yang menghangatkan hati aku yg tengah sakit nie. Aku bengang gak kat pemilik suara tu, ada ke dia kata " ha! mala kena buat baik-baik kau dah lama rehat " wah! menyiram darah aku, dalam hati aku kata minah ni dah melampau mulut nie macam tak da insuran so aku ni jenis panas baran gak aku pun sound kat dia " apa kau ingat aku nak sangat ke dok dalam khemah tu, aku tak sihat kalau aku sihat dah lama aku ikut ". Minah tu terus diam, mungkin dia baru sedar apa yg dia cakap kot. Aku dah ringan je tangan nak balik paddle tu kat dia tapi aku masih waras g & ingat tu brg org dah pandai guna kena la pandai jaga. Aku ditenangkan oleh kawan-kawan yg lain yg dgr apa minah tu ckp & dia org dah nampak perubahan air muka aku yg dah hampir nak bertukar menjadi TRANSFOMER tu. Nasib baik kawan-kawan tenangkan aku dia org kata jgn layan kau bukan tak tau mulut minah tu, buat tak tau jer so aku pun ikut nasihat kawan la kononnya. Aku telah digandingkan dgn Hadi budak E-PJJ tu. Alamak dah la malam tadi dia org citer mamat tu takut nak selamatkan kawan-kawan masa kawan kenan serang obor-obor, matilah aku... tapi aku kuatkan semangat pas tu aku yakinkan diri aku dia ok & pasti akan bantu aku. So kami pun mula la berkayak... Alamak spoilt betul la..., mula je kayak kami dah ketingalan jauh di belakang, aku mula la panik. Apa tak nya kena tinggal jauh, bila kayuh je kejap ke kanan, kejap ke kiri macam kayak mabuk laut jer. Aku puas pk, aku salah kayuh ke hadi yg salah. Aku mana nak nampak sebab aku bow man dia stent man. Dalam masa yg sama kami berkomunikasi & cari jalan betulkan cara kayuhan at last baru dapat rythm serentak baru ler senang hati aku. Korang tau apa aku pk masa kayuh tengah laut tu..., yg pertama aku terpk kalau la tiba-tiba jatuh ( capsize ) kat belakang nie waktu org dah jauh tinggalkan kami x ke haru. yang kedua... Kalau la tiba-tiba ikan jerung ke naga ke muncul tepi kayak aku peh... dari tak sama rythm kayu sure boleh sama & potong kayak-kayak kat depan aku nye lah. Tapi tu imiginasi aku jer he he... lawak betul kan. Tapi si hadi kata aku kayuh laju gila..., dia tak boleh ikut aku kayuh laju... patut la melelong kayak kami macam motor pancit jer so aku pun slow kan rythm ikut rentak si hadi. Tak tau la tangan aku nie jenis cepat kot...
Kayak punya kayak punya kayak, kami pun sampai la ke Teluk Berakit... apa g ambik peluang la bersantai sambil makan & dengar penerangan dari En. Hisyam tentang cara nak snorkeling & alat-alatnya. Pas tu beb.. si minah yg mulut celupar tadi datang kat aku mintak maaf dia kata bukan nak sound tapi gurau. Mangkuk dia gurau macam tunya bahasa, tak reti jaga mood aku yg tengah demam ni so aku sound dia balik, mulut kau tu jaga sikit, cakap biar pandai berlapis kau ingat aku nak ke lepak kat khemah. Dia tak tau macam mana melonjaknya hati aku nak ikut sama pas tu tak pk ke dia kalau aku nie nak kencing, baik aku tak yah turun pagi nie tapi aku bukan jenis kaki kencing.... Tak palah aku pun malas nak ungkit tapi sekadar meluahkan apa yg aku pendam kat dada nie jer... Pada minah tersebut.. amek iktibar k... Kami kemudian buat aktiviti snorkeling ikut turn. Aku decide nak buat 2nd lah kasi dia org yg tak pernah rasa tu. Aku dah pernah buat snorkeling nie kat Pulau Perhentian lu. Lagi beso-beso ikan dia. Bila turn aku aku tak g jauh sebab aku tak boleh nafas secara normal,tekak aku kering sebab demam. Pas habis aktiviti kat teluk tu kami pun meneruskan perjalanan dan singgah pulak kat satu g tempat. Kat situ aku kasi ikan makan roti, wah banyak ikan datang kat aku macam peminat aku lak tapi bukan apa ikan tu cuma nak rasa roti yg aku bawak tu jer. Mesti la best roti campur jem...
Kemudian kami teruskan lagi perjalanan menuju ke khemah tapi sebelum sampai kami dah kena buat capsize.. aduh satu penyeksaan buat aku. Aku dah surreender awal dah cakap aku tak mau buat sebab aku tak boleh bernafas secara normal sebab aku demam. Apa g kawan-kawan lain menjadi mangsa semua kena buat kecuali aku tapi siap kasi masa 8 minit untuk semua naik atas kayak. Aku rasa bersalah pulak sebab aku kawan-kawan sume kena. Aku atas kayak hanya cuba membantu kawan-kawan yg x dapat naik atas kayak tapi nak jadikan citer, dia org x berjaya naik setelah 8 min yg diberi tamat. Apa g kena buat semula la, hadi lak kata En. Hisyam suruh gak kayak aku capsize, alamak mati aku, tak cukup nafas la nanti. Memang betul pun, at last si hadi nie terbalik kan kayak kami, aku yg x bersedia dgn nafas yg aku tarik guna mulut jer mula la menelan air masin tu sambil bernafas kot mulut... Cipan betul si hadi nie, dia kata En. Hisyham suruh, aduh nak muntah aku minum air laut. Dah jatuh dalam laut apa g aku pun sama-sama la kena naik cepat-cepat ikut masa yg diberi. Pas hadi naik, tinggal aku terkapai-kapai tak boleh naik g. Alamak habis la kena buat sekali g nanti tapi kawan-kawan ramai yg datang menolong. Si Wan tarik tangan aku pun aku tak lepas-lepas gak, dalam hatiaku cakap maut nie.... Tapi semangat kawan-kawan akhirnya aku dapat gak naik atas kayak dgn kepenatan. Yea la mana tak penat, nak amek nafas dgn mulut g sebab hidung dah tersumbat pas tu nak naik g atas kayak, tak ke bala tu... Akhirnya kami pun mula berkayak untuk balik ke khemah. Wah nak balik tu aku laju ke depan yea la nak rehat cepat...
Pas mandi-mandi katanya rehat jer kat khemah tapi tak jugak... Kami kena siap lak nak buat survival kat dalam hutan. Aduh maut g kata hati aku... Tapi aku g gak he he..... Punya la skema nya, ketat betul syarat-syarat yg diberi siap buat spotcheck beg g sebab tak boleh bawak brg-brg larangan. Lepas habis check, kami pun dibawa ke tempat tujuan. Mulanya aku ingatkan dalam hutan betul-betul tapi tak pun, boleh nampak laut g dari tapak khemah kami. Kami dibekalkan 1-khemah, 2 botol mineral water, 5 btg mancis, 1-bilah parang, 2-mestin, 1-kampit beras, 1-biji kentang, 2-biji telur, kopi, teh & garam tu la ration kami ber 4 ( aku, Yus, Atie & Hadi ). Kami dihantar betul-betul kat lereng bukit dgn akar kayu yg banyak dan tanah yg tinggi rendah. Sampai je apa g terus lak khemaskan kawasan, buat khemah, buat unggun api cepat-cepat sebab hari dah nak gelap. Kami masuk pun dah pukul 4 petang. Aku tak kisah survival nie sebab masa kursus hutan lu g la kat candi siam kat Tupah tu, macam gangguan kami dapat. Kat sini boleh gak pasang unggun api tapi masa aku kursus lu tak boleh langsung, mestin yg terdedah kat cahaya bulan yg samar-samar dalam hutan tebal tu pun disuruhnya tutup. Memang nampak gelap jer sekeliling Masa senteri memang aku tak kemana-mana takut terpijak ular ke lipan ke jengking ke...Tapi nasib baik kat sini kami boleh pasang unggun api. Khemah kami dihias dgn dinding pokok & daun-daun yg dibuat oleh anak TOK BATIN ( YUS ) he he... Pas masak kami pun makan la nasi campur kentang & telur rebus. Pas tu kami bergilir-gilir senteri. Kawan-kawan faham keadaan aku yg tak sihat so aku & hadi diberi rehat lu apa g tido la kami berdua & kami tak biarkan atie dgn yus sunyi... seperti biasa aku & hadi dendangkan lagu untuk dia org tapi bukan dia org jer menikmati lagu kami malahan khemah-khemah yg terdekat pun turut sama menghayati muzik kami.... Kata atie dgn yus, muzik kami buatkan binatang-binatang tak berani datang sebab sama bunyi he he.... Tapi masa aku senteri, dia org nyanyi sorg-sorg apa g macam-macam bunyi lain aku dgn hadi dengar, wah memang menguji kami tapi kami buat relaks jer. Macam tu la kami bergilir-gilir sampai ke pagi. Air dah habis, aku dah mula kering tekak, ubat dah tak boleh makan sebab tak der air...
18/08/2009
Ingatkan awal pagi dia org amek macam student degree yg berhampiran tempat kami tapi kol 4 ptg baru amek. Aku dah mula lemah badan sebab kurang air, demam lak semakin menjadi-jadi. Pas kami dikumpulkan kami pun pulang ke khemah... Sampai kat khemah pusat, lega hati kami sebab bubur nasi telah dimasakkan untuk kami yg macam org kebuluran Afrika nie makan. Apa g siap tambah dia org nie. Tapi aku tak tambah pun sebab aku dah tak selera, yang penting bagi aku adalah air. Aku pun menikmati air fresh orange dengan asyik sekali sampai bergelas-gelas. Pas tu kami pun mandi & bersiap-siap lak nak buat barbecue untuk dinner last malam nie sebab sok nak balik dah. Aku mula-mula kopek bauh orange nak buat air jus pas tu aku tengok bara dah siap aku pun minat membakar so aku tolong la bakar sotong, ikan, udang, hotdog untuk semua. Aku saja buat gempak gunakan tangan jer untuk angkat, alihkan sotong, ikan yag atas bara tu... budak-budak degree boleh ternganga tengok aku siap cakap g aku guna ilmu apa. Mana ada ilmu, bukannya panas sangat tapi bila dia org cuba ada yg kulit tangan nipi agaknya melambung-lambung sotong & udang tu disebabkan oleh panas bara... he he... biasa la org ada ilmu kebal je boleh tahan panas bara tu he he... tak de la sebenarnya tak panas mana sangat pun saja buat gempaq...
Pas habis makan semua, kami ada buat persembahan malam budaya. Aduh satu g acara terkejut so kami semua pun buta persembahan secara sepontan jer la.... Kami ubah suai lagu jer berdasarkan aktiviti kat sini. Tapi banyak-banyak show, show berita dari budak-budak degree tu yg best sikit, sakit perut aku ketawa hilang sikit demam aku nie. Habis show kami pun masuk la dalamkhemah kemas barang sikit-sikit & tido... kror...krorh..
19/08/2009
Hari yg ditunggu-tunggu dah tiba. Kami mengemaskan kawasaan perkhemahan kami & bersiap-siap untuk pulang meninggalkan seribu satu macam kenangan yang akan kami kenang selamanya serta jadikan pengalaman & pengajaran apa yang diajarkan. Sekali lagi kami terpaksa menunggu hingga jam 10 pagi baru lah datang bot polis marin. Kali nie aku ikut trip yang pertama sebab aku tak berapa sihat g. Sampai di jeti kami memunggah barang-barang dari bot ke jeti bergotong royong. Tapi satu hal lak dah berlaku, sian kat Cik Farah, posh bag dia masuk air seab nak selamatkan kayak yang jatuh dalam laut. Yang lain sanggup tengok je takut basah kot. Habis wallet dgn hp dia masuk air. Tapi kami student PLK-PDRM & E-PJJ sepakat kutip derma untuk Cik Fara sebab dia dah banyak bantu kami. Patut la masa atas bot marin muka dia monyok jer, mulanya ingatkan dia sedey nak tinggalkan pulau tu tapi lain citer lak rupanya...
Pas masukkan barang semua ke lori polis kami pun bergerak ke IPD Marang & mandi di surau tempat kami transit masa mula datang hari tu bersama student degree & fasi sumer....
Lebih kurang jam 4 baru la kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Kami sampai di Pulapol KL lebih kurang kol 1.30 pagi & terus pulang ke rumah masing-masing rehat..... Selesai la program kami yang banyak pahit manis & pengalaman yg meninggalkan kesan di hati kami....Bye bye Pulau Kapas.....Terima kasih buat semua fasilitator, pensyarah-pensyarah atas ilmu & tunjuk ajar yang diberi. Maafkan kami semua sekiranya sepanjang kami bersama dgn Encik, Cik semua ada perilaku & tutur kata kami yang menyinggung perasaan. Segalailmu yang diberi akan dijadikan panduan... APA YANG BURUK DATANG DARI KAMI & YANG BAIK DATANG DARI ALLAH SWT.... AMIN SELAMAT SEMUA
TAMAT
P/S: EN. HISYAM, KIM SLAM KAT ISTERI & KAISARA CUTE TOMEI TOMEI TU EK... ASSALAMUALIKUM.

Khamis, 20 Ogos 2009

Persiapan ke Pulau Kapas

Emmmm....aku dah buat persipan awal untuk ke Pulau Kapas yang mana aku telah membeli beberapa barang keperluan yang seperti disenaraikan dalam nota yg En. Hisyam berikan seperti :
1- Beg Deuter 50+10ml
2- Pisau lipat
3- Sleeping Beg
4- Mat
5- Ubat-ubat
6- Kasut New Balance yg sesuai untuk aktiviti di Pulau
Lain-lain barang dah ada dah cuma tambah sikitx apa yg perlu. X bawak banyak pun just yg penting saja. Semoga pengalaman yg mendatang akan memberi impak yg bagus utk aku...

Jumaat, 7 Ogos 2009

Water Confidence di UiTM

Hai....
Jumpa g. Untuk pengetahuan u all, minggu lepas kami buat water confidence kat kolam renang uitm. Peh..., aku dari dulu fobia dengan air, sumpah mati aku tak akan masuk air tanpa PFD. Nasib baiklah hari tu ada PFD so aku berenang dengan bebasnya. Biarla orang nak kata apa asalkan aku selamat he he. Memang la aku JL kat Pulapol tapi bukannya JL renang, aku JL Jasmani, tugas aku melanyak budakx pelatih baru dengan aktiviti lasak. Apalah dia orang tu kutuk aku nia JL tak tau berenang. Lantak kau orang la janji aku selamat dari telan air he he....
Aku dari dulu memang fobia denga air sebab dulu kawan aku pernah cuba tekan aku dalam air laut, bengong betul la dia orang tu nak kasi aku mati kot. Apa pun aku rasa kalau ada PFD, insaallah kot selamat, tawakal je lakan.
Seronok gak masuk kolam renang, kami belajar macam mana nak floating, nak selamatkan orang dan nak berenang. Aku kira terorr.... lak gak sebab dah sampai tengah kolam yang dalam tu tapi pakai PFD he he he...... Ada gak budakx yang poyox je pandai renang tapi boleh la macam anjing berenang tapi kalau masuk laut aku rasa mesti hanyutnya lah he he... Jangan cakap besar geng nanti kena hanyut air ha minum la air bercampur bahan - bahan best tu....
Minggu nie, kami akan berkayak kat tasik Shah Alam. Aduh... panas gile tahap cipan sekarang nie tapi apa nak buat, benda wajib so redah aje........ Aku memang suka naik kayak sebab dulu masa aku g pulau - pulau aku berani berkayak walaupun aku tak reti berenang. Aku siap sewa kayak g ronda satu pulau, tak takut pun, ceh masa tu confidence gila wa cakap lu... Dalam sibuk - sibuk nie aku kena la buat persediaan untuk g Pulau Kapas berkhemah kat sana pada 14hb. nie sampai 20hb. nie. Apa yang aku dah siapkan :-
1. Backpack
2. Kasut
3. Lampu suluh
4. Kamera
5. Baju/seluar serba sedikit
Yang lain nanti aku siapkan lah sikit - sikit. Aku rasa penat gak nanti sebab minggu depan nak gerak hari Jumaat tapi aku mula busy start hari Selasa ni sebab tugas aku kena amek ujian untuk pelatih - pelatih Konstabel yang baru masuk kat Pulapol tu selama seminggu. Dari pagi sampai petang aku buat ujian dia orang, aduh... stress beb. Tapi apa pun rintangan akan ku teruskan jua.... berkorban apa saja. Sebab kata orang bersusah - susah dahulu, bersenang-senang kemudiankan.
K la nanti aku sambung la citer apa yang berlaku masa berkayak sok k...