Rabu, 28 Oktober 2009

DUB ! DAB !

Assalamualaikum....
Wpun tarikh keramat penutup blog dah berakhir & aku dah pulun update blog tapi x salah kalau aku nak teruskan blog nie. Sekadar nak meluahkan isi hati yang bercelaru & stress. Sebenarnya, kami akan menduduki peperiksaan & hari ni hari terakhir group study aku ( Mamak, Yatie, Ina, K. Zam + Ros, Pah, Khiarul ) membuat study group di Tasik Titiwangsa sebelum paper sok. Rasa x tertanggung otak nie nak mengingatkan tajukx & isix nota yang membusut tu. Esok tarikh penentu akan bermula, paper pertama yg bakal kami duduki iaitu SPS 332 ( Communication In Sport ) subject yg di ajar oelh En. Ali. Bukannya susah tajuk nie sebab dah harix kita berkomunikasi tapi kena ikut faktax yg diajar tu yg bengkak kepala otak kami nie. Ingat 1 lupa lak yg 1 g. Maklumlah dah berumur nie lain sikit ditambah lagi dgn memikirkan tugasan seharian aku mengajar pelatihx & buat ujian pelatih.. mau menanah otak dibuatnya. Memang la aku dapat kelepasan sepenuh masa tapi JL Jasmani x cukup sebab banyak sangat aktiviti so aku terpaksalah bantu dah bos aku boleh except aku belajar x kan lak time kritikal cam nie aku x nak tolong. Apa pun aku pasti akan melaksanakannya dgn sebaik mungkin. All the best untuk sume kawanx yg nak amek exam & juga utk aku he he.... Berjuang lah hingga ke titisan darah yg terakhir...wah ! macam amanat nak g perang kan...

Isnin, 26 Oktober 2009

Final Exam

Final exam minggu dpn. Paper SPS 133 adalah paper yg terakhir iaitu pada hari Ahad 08/11/2009 jam 1415hrs hingga 1715hrs. Aku rasa aku dah bersedia untuk exam tu sebab dah lalui semua aktiviti mesti boleh jawab dgn panduan melalui aktiviti yg ada & aku harap aku x blur tibax masa kat dalam dewan exam tu nanti....
Apa pun aku harus yakin untuk menghadapinya tapi jgn over confidence. Kot mana pun buku & nota tetap menjadi rujukan ku .....sehingga tiba hari peperiksaan....

Keberkesanan Bersatu Hati

Cuba kita renungkan hasil dari bersatu hati seperti ungkapan, Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, sebatang lidi mudah di patahkan dari secekak lidi. Tu lah pentingnya bersatu dalam melaksanakan sebarang tugas @ aktiviti. Contohnya boleh kita lihat disepanjang outdoor aktiviti yg telah kita lalui. Yang paling menampakkan keberkesanannya adalah semasa aktiviti di Pulau Kapas. Barang yg dibawa melebihi pelajar yg hadir tetapi dgn kerjasama & sikap tidak pentingkan diri sendiri. Semua kerja dapat dilaksanakan mengikut jadual yg ditetapkan. Cuba bayangkan kalau semuanya hanya mengambil berat barangx sendiri sahaja, sudah pasti tidak semua barang keperluan yg dibawa akan sampai ke pulau tersebut dgn selamat.

Tidak kurang juga yg curi tulang, tapi sifat itu hanya merugikan diri sendiri. Cubalah melakukan sesuatu itu dgn ikhlas & jujur nescahya ada royalti yg akan diterima wpun bukan wang ringgit tapi pahala yg bertimpal.

Jelas lah disini boleh kita katakan bahawa, apa jua perkara yg kita lakukan mesti lah bersatu & pasti akan selesai segalanya. Yang banyak akan jadi sikit & yang berat akan jadi ringan.

Renungxkan lah...

FLYING FOX






Assalamualaikum...

Hari Sabtu yg lalu berakhir lah sudah aktiviti terakhir Outdoor Recreation untuk Sem ini. Aktiviti yg terakhir adalah Flying Fox. Aku pernah melalui aktiviti nie masa aku menyertai Kem Bina Semangat SEA Games 1997 di Kem Nur Nikman Sungkai Perak. Tapi kat Sungkai tu aku buat aktiviti Flying Fox, Boat Rafting, Survival, Seisi Burung Hantu & Low Ropes Course untuk memantapkan semangat kami sebelum kami berjuang untuk negara melawan pasukanx dari seluruh negara yg terlibat dalam Sukan SEA. Mungkin disebabkan aku dah pernah buat aku kurang sikit rasa takut tapi gayat tetap ada.

Jam 8.30 pagi kami dah berkumpul kat belakang Kolam Renang UiTM tempat kami buat Low Ropes Course hari tu. Sampai jer aku tgk adikx Degree dah bertungkus lumus pasang tali untuk kami dan kami studentx PLK membantu mereka seadanya. Jauh gak nak mengelongsor ke bawah tapi x la setinggi kat Sungkai tu. Di Sungkai kami naik bukit kemudian naik pokok besar dengan tangga rasa sayup tgk ke bawah. Aku & Sharifah Nor g beli air & roti untuk alas perut adikx yg pasang tali. Cian kat dia org, pecah peluh nak siapkannya. Balik jer Jam lebih kurang 1130 baru la semuanya selesai & kami pun bersiap sedia untuk mulakan aktiviti flying fox. Sebelum tu, sorg student degree dah turun nak test tali... Student PLK-PDRM yg merasmikan aktiviti nie ialah Kak Zam, wah..!!! bila dia selesai jer, baru la confident sikit aku sebab berat dia yg ditampung oleh tali masih g mampu tegang tali tu so...no problem la kan. Seorg demi seorg dah turun sampai la giliran aku. Dia org memang suka menyakat aku sebab aku suka nyakat dia org gak he he.... Sampai giliran aku, dup dap dup dap jantung aku. Masa dia org nak pasang alatx safety sumer, aku pesan kat dia org, pasang btlx he he... kecut perut sebenornya. Bila nak pasang tali system kat atas tu dia org x dpt buat sebab aku x cukup tinggi terpaksa la aku berpaut kat adikx yg tolong pasang tu. Tapi ramai gak kasi support sebenornya.... Elok jer aku lapor nak turun tibax rasa nak mengelongsor, jenuh gak 2,3 kali tarik bdn ke belakang semula. Bila nak gerak jer tibax adik tu kata eh..!! nanti lu, alamak amende lak x siap nie, eh..eh...eh... terlepas gak aku mengelongsor ke bawah. zup...!!! darah aku naik ke atas tkt dia org slh pasang ke tapi sampai gak aku ke bawah... seronok gak rasa nak naik g tapi sian kat org lain yg lom buat so buat selamba jer aku pas tu elepak kat bawah.. Selesai sume org terakhir turun si Rino. Dia nie memang suka buat cabaran & yg pelikx nak buat Superman konon tapi x jadi, jadik suparjo lak kah..kah...kah... sakit perut aku gelak superman hilang sayap kat atas mungkin dia x pakai spenda kat luar cam superman yg betulx tu kot wakaka...Apax pun cayalah lu Rino...berani mencuba. Sebelum kami menamatkan seisi pelajaran Outdoor Recreation nie, kami mendengar taklimat & amanat terakhir dari En. Hisyam. Pesanan dia surh kami update blog cepatx sebab tarikh last ialah hari nie Isnin jam 1700hrs. Nie yg aku pulun buat nie. Aku sepatutnya dapat kelepasan sepenuh masa tapi memandangkan pelatih ada ujian UKF 2 minggu & aku kena ngajar Polis Bantuan LHDN selama 3 bulan so terpaksa la aku bantu mengajar bila x da exam. Tapi nasib baik waktu ngajar bukan jam 0900 sebab aku nya group study akan bermula jam 0900 setiap hari di Tasik Titiwangsa.

Apa pun aku merasa amat gembira & bertuah kerana dapat menyertai kelas outdoor nie sebab apa yg x pernah aku buat dah pun aku rasa & yg dah pernah aku buat aku dapat pengalaman yg berlainan dari sebelumnya. Aku memang minat aktivitix lasak nie dari kecil kalau x, x da la aku masuk hutan main perangx dgn kwnx aku masa kecik lu. Pengalaman yg aku dapat akan aku sematkan dalam memori hidupku & akan aku jadikan panduan sekiranya ada lagi aktiviti tersebut selepas aku selesai belajar.

Setinggix terima kasih yg x terhingga untuk Pensyarah kami En. Hisyam yg bertungkus lumus mengajar kami & merealisasikan impian kami untuk menyertai semua aktiviti outdoor dgn jayanya. Mohon maaf kalau ada salah kata dari saya yg kadangx kepala giler nie ( masa nie jer masa ngajar saya jadi singa ...) . Minggu nie kami akan menghadapi peperiksaan akhir untuk sem terakhir & aku mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki pointer aku yg naik hanya .1 & .2 pada setiap semesta. Untuk semesta akhir nie aku berdoa supaya aku dapat mencapai 3.50 dari sebelum nie 3.25 ( maintain ) dari sem lepasx. Tunjuk ajarmu guru adalah pelita ilmu kami....TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI......& U ARE THE BEST..!!!!









Jumaat, 23 Oktober 2009

Terbang

Sok kami akan mengadakan aktiviti terakhir iaitu flying fox. Wah.. bestnya. Kalau ada superman mesti kena marahnya sebab x guna sayap & spenda pakai kat luar he he he....

Apapun samax lah kita tunggu......

Macamx ikatan kena ingat nak buat flying fox nie & barangx keselamatan pun kena amek kira...brgx keperluan sama gak dgn aktiviti abseiling....

Sabtu, 17 Oktober 2009

Low Rope Course


Assalamualikum..wbt....
Minggu lepas kami buat aktiviti Low Rope Course kat belakang Kolam Renang UiTM Shah Alam. Sebelum aktiviti di mulakan kami buat test knoting sebab hujan so kami kena tunggu hujan berhenti lu almaklum lah pokok basah, tali pun x blh basah. Aku kena group yang kedua. Kami dipecahkan mengikut group campur dgn student E-PJJ. Group aku terdiri drp aku, apai, harun, rino, fauzi dgn piah. Kami diberi masa antara 30 saat sampai 2 min lbh krg. Ikatan yg disuruh buat: Reef Knot, bowline, clove hitch, double loop figure 8, fisherman knot, butterfly dan ikatan bonus double bowline. semua ikatan aku boleh buat kecuali double bowline... haru dibuatnya. Pintal sana, pintal sini tetap x jadi jadi gak, buat ketupat g senang. Bila masa tamat aku dapat 20 markah. Rino paling tinggi 24 markah. Pas habis sume, aku dok kacau budakx yang last group he he... haru dibuatnya.
Selesai test kami pun bergerak ke pokok untuk buat low rope course... Group aku buat Backward Tension Traverse. Ada 4 jenis yang kami buat : High Postman Walk, Monkey Cross, Criss Cross & Backward Tension Traverse. Siap sume ikatan tali kami pun mulakan aktiviti. Rino mendahului semua kemudian aku. Alamak,, kantoi sebab elok je aku mula sebagai org kedua tibax kat monkey cross kaki aku jatuh peh..cian rino kena mula semula, bukan apa tu syaratnya, kalau 1 org jatuh kena ulang semula. Pas daripada tu sume org berganding bahu bantu sume org supaya x jatuh & sampai dgn selamat. Selesai akiviti lbh kurang kol 1 pas tu trs gerak g rmh Pn. Norliza... buat pe?.. apa g makan tghri la sebab dia buat openhouse..pulun semacam jer... K tu je aktiviti LRC..

Jumaat, 9 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya PLK-PDRM



Assalamualaikum...

Minggu lepas kita org buat jamuan hari raya kat Maktab Cheras. Pas kelas kol 12 kami dah berada kat kantin nak makan...Tetamu terhormat ACP Rosniah Ramli, Timb. Pengarah Latihan B. Aman. Makanan sedap giler... kenyang perut aku errppp...


Wpun majlis serba sederhana tetapi kehadiran pensyarahx membuatkan kami berbesar hati wpun ada beberapa ketidakpuasan hati terhadap pelajarx junior kami. Apa pun terima kasih kepada yang sudi mamper....

Minggu ni jom kita g makanx kat rumah cik hisyam lak. Jgn lupa bawak duit raya utk 3 org anakx bos kita... Sebelum tu jgn lupa kita ada aktiviti low rope course... selamat mengendurkan tali & tali pusat...wakaka....

Khamis, 8 Oktober 2009

Persiapan Low Ropes Course

Aktiviti seterusnya adalah Low Ropes Course...

Kami telah memilih 6 jenis pemasangan tali untuk diundi. Undian untuk kumpulan aku ialah Leopard & Multivine. Kumpulan kami akan digabungkan dari 2 menjadi 1 mengikut kumpulan semasa di Pulau Kapas. Mesti seronok aktiviti nie kan...

Ok. samax kita tunggu hasilnya...

Khamis, 1 Oktober 2009

ORIENTEERING BUKIT CERAKAH






Assalamualaikum...

Lama dah bersarang blog ni sebab raya da... blog pun cuti beraya. Tanggal 30 September 2009 jam lebih kurang 10 pagi kita org sume dah memulakan cabaran orienteering kat Bukit Celaka ( kata org Cina pelat... hehehe...) sebenarnya Bkt. Cerakah. Hujan lak tu tapi kena ON gak sebab dah tak de masa dah. Pengalaman memang menyeronokkan, memenatkan & menghampehkan... Seronok sebab dapat jalanx dlm hutan yg dah lama x masuk & melihat kehijauan yang menyegarkan. Penat sebab bukit punya la curam lutut sampai ke dagu. Lutut aku yg operate ni sakit giler & bengkak. Hampeh sebab hujan basah jln licin banyak lumut & kad aku tertinggal. Kami dilepaskan seorg demi seorg mengikut sape yg sampai dulu kat Bukit Cerakah. Memandangkan aku org yg ke 2 sampai so aku dilepaskan 3 minit selepas org pertama si Piah. Mulax suspen gak tgk peta punya la luas dgn kawasan tu yg dah sememangnya besar. Aku g dulu tahun 2005 aku naik basikal tapi x jauh lepas daki jalan nak ke Empangan Kuning yg curam tu separuh jln aku & the geng patah balik hantar beskal & amek keputusan naik bas jer....penat da...

Nak dijadikan citer, pas aku salin check point yg dicari dari master map aku pun bergegas ke check point yang berhampiran ( surau - port no 2 ) dah jumpa tibax bila nak punch, alamak!! kad biru aku lak x de.. suspen siot. Rupaxnya tertinggal masa kat pondok permulaan tu.. aduh..!! dah la penat jauh lak nak patah balik...hampeh. Masa patah balik aku jumpa Fauzi Mamak nasib baik dia tolong bawakkan kad aku, jimat sikit tenaga aku x yah g pondok permulaan tu. Dah dapat kad tu aku x jadi g check point kat surau aku g kat port pertama kat tempat parking beskal. Ha best la sebab aku sewa beskal kat situ lu aku tau la tmptnya he he.... Mulax tadi aku dgn Piah pas tu Piah tah ke mana so Mamak lak dgn aku. Pas punch kat tmpt ptama aku g lak kat surau ha... senang la sebab aku dah tau tmptnya. Check point ke 3 kat kandang rusa. Sebelum aku punch aku leka tgk rusa dok belari redah pagar, kalau terlepas mampus aku kena tanduk dgn rusa yg ada tanduk tu nasib baik pagar ok. Check point seterusnya ke 4 kat kolam renang.. eh... ada kolam renang dalam hutan... dahsyat. Pas punch aku mendaki lak ke Empangan air kuning utk check point ke 5. Ha nie yg aku x tahan, kepala lutut aku nak sampai ke dagu punya la curam. Kat sini la aku patah balik dulu x larat nak kayuh. Kat sini gak la kepala lutut aku yg operate tu mula rasa sakit dan berbunyix mengiringi perjalananku cewah... Punya la panjang bukitnya. Jumpa tukang sapu kat tepi jln senyumx lak macam perli aku hampeh betul. Tapi x pa mat bangla jer apa dia taukan buat bodoh je la. Tgh berjalan tu ada lak keta lalu rasa nak tahan jer tumpang balik bkn tumpang naik tapi pkx balik nanti batal lak baik buat dek je la. Mr. Fauzi sampai dulu dah punch dia nak terus ke bawah lak nasib baik aku tahan suruh dia tgk betulx map tu. Kena naik bukan turun so dia pun ikut la....Tgh jln tu dia kata nak kencing aku pesan mintak kebenaran lu takut ehemx dia besar lak nanti kalau main bubuh jer.

Check point ke 6 kat Tmn Orkid kat simpang nak naik tu jumpa la si Yus & Kak Kam so jln la samax. Dah sampai ada lak dummy so aku tgk betul no dia baru aku punch. Pas tu patah balik cari yang ke 7 kat Tmn Cendawan. Alamak... sampai jer aku tengok menara tu punya la tinggi nie mesti haus kepala lutut aku yg dah membengkak ni tapi redah jer la demi tugas. Ada dummy lagi hem... depa ingat boleh tipu ke...aku tgk btlx no nya baru punch. Checkpoint berikutnya rumah 4 musim. Ha nie pun aku dah pernah masuk dulu. Ala dia letak kat pintu masuk memang senang cari, dah punch kat situ terus cari ke 10 dulu sebab aku rasa senang sikit so ikut la hutan terus ke destinasinya di Rumah Perak. Pas punch baru cari yang ke 9 kat tempat Paintball. Selesai sume baru la jalan balik kami bertiga iaitu Piah, Yati & aku.... Dalam perjalanan balik kami singgah beli minuman. Baru boleh minum hati dah senang dah jumpa sumenya. Jumpa lak sekumpulan monyet, aku memang suka pada binatang so aku pun sedekah la roti yang dibekalkan tadi pada si monyetx tu. Sampai je kat kawasan pondok kami berlari nak sampai lu tapi aku kalah la sebab lutut aku problem kalau tak mesti boleh potong masa org pertamanyakan he he... jgn marah Yatie...wakaka.....

Setelah semuanya sampai baru la diberi sedikit taklimat oleh En. Hisham dan diumumkan para pemenangnya & x sangka lak dalam sakitx lutut nie aku dapat no 3 dengan catitan masa 2 jam 10 minit. Wah...!!! lamanya aku berjalan rupanya patut la bengkak lutut aku ceh cit porah... Tapi aku dapat la kenangan dapat no 3 tu. Tapi sian si Rino bagi kategori lelaki dia sampai dulu sebab aku tgk dia berlari tapi sayang dia dah silap punch so tempat pertama lelaki dirampas oleh En. Mamak kita he he... Keputusan penuh...WANITA...no.1 si yatie, No 2 si Yus no 3 em ... si ... aku ler.... Bagi LELAKI lak, no 1 dirampas oleh Mr. Fauzi, no 2 Khairul & no. 3 En. Harun Bai jual karpet he he... jgn mrh....Kesimpulannya pertandingan yang sihat, menyeronokkan walaupun penat. X yah guna kompas langsung sebab laluan dan bacaannya mudah kalau faham peta. At least lemakx tepu aku yg terkumpul & bertambah semasa raya dah terbakar selepas perjalanan selama 2 jam. Tah berapa kilo kalori aku dah buang, fresh.... Tapi yg sakit esok paginya masa bangun pagi rasa berat semacam jer pagi tu...terasa sakit sampai ke petang... aku ngajar pun dah lari bearing lain macam jer jln sampai bdkx pelatih tegur...Rasa nak penyepak jer kat dia org sebab dok perati kan aku jln masa aku ngajar. Jln dah macam itik buasir nak tunjuk demo sebelum buat aktiviti tindakbalas M16 pun rasa ketat badan aku disebabkan sakit peha, pinggang, tangan & lutut. Bukan penyakit kuku & mulut sila fahamkan betulx. 2 hari aku menanggung sakit nie beb...adus...!!!. Pada adikx degree...terima kasih buat kesekian kalinya kerana sudi membantu kami....

Tu la pengalaman orienteering aku. sape yg x dtg rugi x bakar lemak. K hari Sabtu nie ada test & makanx jgn lupa.....chow cin chow....