Isnin, 26 Oktober 2009

Keberkesanan Bersatu Hati

Cuba kita renungkan hasil dari bersatu hati seperti ungkapan, Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, sebatang lidi mudah di patahkan dari secekak lidi. Tu lah pentingnya bersatu dalam melaksanakan sebarang tugas @ aktiviti. Contohnya boleh kita lihat disepanjang outdoor aktiviti yg telah kita lalui. Yang paling menampakkan keberkesanannya adalah semasa aktiviti di Pulau Kapas. Barang yg dibawa melebihi pelajar yg hadir tetapi dgn kerjasama & sikap tidak pentingkan diri sendiri. Semua kerja dapat dilaksanakan mengikut jadual yg ditetapkan. Cuba bayangkan kalau semuanya hanya mengambil berat barangx sendiri sahaja, sudah pasti tidak semua barang keperluan yg dibawa akan sampai ke pulau tersebut dgn selamat.

Tidak kurang juga yg curi tulang, tapi sifat itu hanya merugikan diri sendiri. Cubalah melakukan sesuatu itu dgn ikhlas & jujur nescahya ada royalti yg akan diterima wpun bukan wang ringgit tapi pahala yg bertimpal.

Jelas lah disini boleh kita katakan bahawa, apa jua perkara yg kita lakukan mesti lah bersatu & pasti akan selesai segalanya. Yang banyak akan jadi sikit & yang berat akan jadi ringan.

Renungxkan lah...

Tiada ulasan: