Khamis, 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA...


Assalamualaikum geng....(versi Upin & Ipin )


Raya dah sampai kat pintu rumah kita sume dah so dikesempatan nie, saya ingin menyusun 10 jari ( lengkap ) memohon ampun & maaf di atas apa jua kesalahan yang saya lakukan samada disedari atau pun tidak, disengajakan atau pun tidak sepanjang korang mengenali saya... Saya nie memang kengkadang mulut celupor, tapi hati mau baik kan. Keperibadian lahir seseorang tidak semestinya mengambarkan sifatnya yang sebenar. Saya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan so samax la kita bermaafan antara satu sama lain....kira 0 - 0 la ek....

Halalkan termakan & terminum @ curix minum...wakaka...

Bagi yang balik beraya, berhatix dijalan raya....Alangkah bertuahnya sesiapa yang masih punya ibu bapa yang dapat beraya bersama sedangkan saya hanya beraya bersama kakak, abang & anak saudara sahaja kerana keduax ibu bapa saya telah pergi menghadap Illahi. Setiap kali beraya saya hanya menemani arwah berdua di pusara dengan doa & bacaan Yassin & sentiasa mengadakan bacaan Tahlil di masjid. Sesungguhnya tiada yang lebih baik dari meningati keduanya dengan iringan doa daripada anaknya ni. Sedih tau tak de orang tua masa beraya. Setiap kali raya saya akan meningati saat ketika kedua arwah masih hidup & amatx merinduinya.... Tapi kita sebagai hambanya kena redha dengnan ketentuan Illahi.... walaupun di hati amat merindui kedua arwah tapi hakikatnya hanya kenangan menjadi peneman kerinduan itu. Sekurangxnya saya telah menyambung amanat kedua arwah untuk saya sambung belajar setelah saya menolak semua peluang belajar saya selepas saya menduduki SPM dulu & dah hampir tamat pengajian saya sekarang. Kedua arwah selalu memberi dorongan kepada saya untuk sambung belajar & mereka amat berbangga dengan saya, demi untuk mereka, saya korbankan masa & tenaga menyambung amanat terakhir mereka sebelum mereka menutup mata & alhamdullilah sudah pun hampir ke penghujungnya. Arwah abah adalah pendorong terbaik saya kerana semasa saya bersekolah rendah dahulu, saya pasti akan mendapat tempat dari no. 1 hingga 3 sehingga darjah 6 kerana setiap kali exam janjinya pada saya akan ada habuan kiranya saya mendapat salah satu dari 3 no tersebut, & ternyata no 1 - 3 tidak pernah lari dari saya. Begitulah kasihnya abah & emak terhadap saya. Bagi mereka yang masih mempunyai kedua orang tua, jangan lah lupa meziarahi mereka dihari raya, mohon ampun & maaf pada mereka sebelum kita langsung tidak sempat memohon ampun. Sesungguhnya naluri seorang ibu amat kuat untuk melihat anaknya di pagi raya. Gembirakan lah mereka selagi hayat mereka masih ada. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas keduax arwah ibu bapa saya hendaknya... Amin....
Akhir kata ....SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN ( kalau ada )....

2 ulasan:

kakkoi6779 berkata...

A'Kum
sesungguh koi rasa bersyukur kehadrat Allah swt. kerana masih mempunyai kedua orang tua.
Koi doakan semoga awk tabah menghadapi dugaan sesungguhnya setiap dugaan itu ada beribu rahmat disebaliknya dan "Allah tidak menduga seseorang itu sekiranya orang itu tidak dapat menghadapinya"

aimanarif berkata...

salam geng...selamat Hari Raya yek..duit raya mane? ingat KFC ingat lah kat c.pah huhuhu.. jangan sedih2.. samalah kita bila mak aku x dek raya cam x best..dah lah mak pergi time nak raya..apapun Maaf zahir batin..c u..kita 0-0 ye