Jumaat, 7 Ogos 2009

Water Confidence di UiTM

Hai....
Jumpa g. Untuk pengetahuan u all, minggu lepas kami buat water confidence kat kolam renang uitm. Peh..., aku dari dulu fobia dengan air, sumpah mati aku tak akan masuk air tanpa PFD. Nasib baiklah hari tu ada PFD so aku berenang dengan bebasnya. Biarla orang nak kata apa asalkan aku selamat he he. Memang la aku JL kat Pulapol tapi bukannya JL renang, aku JL Jasmani, tugas aku melanyak budakx pelatih baru dengan aktiviti lasak. Apalah dia orang tu kutuk aku nia JL tak tau berenang. Lantak kau orang la janji aku selamat dari telan air he he....
Aku dari dulu memang fobia denga air sebab dulu kawan aku pernah cuba tekan aku dalam air laut, bengong betul la dia orang tu nak kasi aku mati kot. Apa pun aku rasa kalau ada PFD, insaallah kot selamat, tawakal je lakan.
Seronok gak masuk kolam renang, kami belajar macam mana nak floating, nak selamatkan orang dan nak berenang. Aku kira terorr.... lak gak sebab dah sampai tengah kolam yang dalam tu tapi pakai PFD he he he...... Ada gak budakx yang poyox je pandai renang tapi boleh la macam anjing berenang tapi kalau masuk laut aku rasa mesti hanyutnya lah he he... Jangan cakap besar geng nanti kena hanyut air ha minum la air bercampur bahan - bahan best tu....
Minggu nie, kami akan berkayak kat tasik Shah Alam. Aduh... panas gile tahap cipan sekarang nie tapi apa nak buat, benda wajib so redah aje........ Aku memang suka naik kayak sebab dulu masa aku g pulau - pulau aku berani berkayak walaupun aku tak reti berenang. Aku siap sewa kayak g ronda satu pulau, tak takut pun, ceh masa tu confidence gila wa cakap lu... Dalam sibuk - sibuk nie aku kena la buat persediaan untuk g Pulau Kapas berkhemah kat sana pada 14hb. nie sampai 20hb. nie. Apa yang aku dah siapkan :-
1. Backpack
2. Kasut
3. Lampu suluh
4. Kamera
5. Baju/seluar serba sedikit
Yang lain nanti aku siapkan lah sikit - sikit. Aku rasa penat gak nanti sebab minggu depan nak gerak hari Jumaat tapi aku mula busy start hari Selasa ni sebab tugas aku kena amek ujian untuk pelatih - pelatih Konstabel yang baru masuk kat Pulapol tu selama seminggu. Dari pagi sampai petang aku buat ujian dia orang, aduh... stress beb. Tapi apa pun rintangan akan ku teruskan jua.... berkorban apa saja. Sebab kata orang bersusah - susah dahulu, bersenang-senang kemudiankan.
K la nanti aku sambung la citer apa yang berlaku masa berkayak sok k...

Tiada ulasan: