Saya bertugas di Pusat Latihan Polis selama 15 tahun sebagai Jurulatih Jasmani. Tugas saya mengajar pelatih-pelatih baru Konstabel/S, Polis Bantuan, Peserta Kursus dan Pelatih Inspektor. Banyak cabaran dalam tugas saya yang mana saya memerlukan sifat tidak ada belas kasihan semasa mengajar demi untuk memantapkan dan membentuk fizikal & mental pelatih - pelatih. Walaupun kadang-kadang perasaan simpati ada tapi saya kena pandai padankan keadaan. Saya tegas semasa mengajar tetapi lawak kalau di luar. Walau bagaimanapun, saya sentiasa meningatkan diri saya sendiri bahawa tugas saya adalah memberi ilmu dan bukannya mendera @ melaksanakan tugas atas dasar dendam... KERJA BIAR IKHLAS...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan